Sunday 13 April 2014

Terjemahan "GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan"


Assalamualaikum .

Hello warga internet @ netizen ! ... Testing 123 hahahah..Baru2 ni aku pegilah melawat blog Buasir otak yang dah lama tak aku lawat, jadi ternampaklah peraduan yang admin2 disitu anjurkan. Macam best dan mengujakan je, teringin pulak nak ekot, dan kebetulan pulak aku dah lama nak buat blog tapi tak berkesempatan..jadi disebabkan malas nak fikir macam2 lagi pasal blogging ni (seperti agak mainstream sekarang, mungkin akan bosan untuk jangka masa panjang, bersawang, tak da idea nak tulis dll) aku membuat keputusan nak cuba saja, mana lah tau boleh jadi blogger yang baik dan sekaligus menang peraduan ni..  

Baiklah, disebabkan ni adalah blog pertama dan entri pertama, bagi siapa2 yang sukarela atau pun terpaksa ataupun disebabkan kecelaruan kosmos dan alam semesta tetiba terbaca apa yang aku tulis di sini, pertama sekalinya aku ucapakn terima kasih dan juga moho tunjuk ajar korang sekalian disebabkan umur aku berblogging yang baru lagi setahun jagung. Sebelum tu juga aku nak buat beberapa mukadimah awal, pertama sekalinya adalah, sebenarnya aku lebih suka menulis dalam English disebabkan aku yakin yang English aku masih lagi teruk, saja nak improve English, so dengan menulis dalam English walaupun sesetengah orang akan kata aku poyo, diharap dapatlah aku majukan sikit English aku. Benda kedua yang aku nak nyatakan ialah, masih lagi berkisar tentang Oh My English ialah bagi sesapa yang dah mahir tu bagi lah tunjuk ajar, kutukan yang membina pun aku tak berkira, janji dapat diambil tauladan.

Perkara ketiga ialah aku akan terjemah yang dalam English tu ke dalam Bahasa Melayu..Jadi inilah terjemahannya, hahaha. Aku ada juga guna google translate nak translate lah BI aku tu tapi skema pulak jadinya, lepas tu masa nak atur ayat2 google translate aku sendiri jadi pening dan terasa pulak tak bestnya perbuataan itu. Sebab aku yakin setiap penulisan penulis ada suaranya dan uniknya sendiri, jadi benda2 ni lah yang penting selain dari penggunan ayat2 yang tepat. Biarlah google translate dengan suaranya sendiri dan aku dengan suara aku sendiri. Perkara terakhir dan aku rasa paling penting ialah, bagi mana2 intipati2 penulisan aku di sini yang korang rasa tak paham, terlalu boring, merapu dan lain2, apa yang aku boleh cakap ialah, ia hanyalah apa yang aku rasa betul dan tak semestinya sememangnya betul, malah aku boleh salah tentang semua sekali. Tujuan aku hanya lah untuk memeriahkan percambahan buah fikiran, apa2 pun kita boleh bawak bincang..     

Jadi benda pertama yang nak dijadikan cerita untuk entri pertama ni, dan aku sendiri juga berharap aku tak lah merapu2 tanpa hala tuju seperti tak da hujung pangkal dan isi2 berguna. So dengan itu aku akan cuba buat yang sebaik mungkin lah, InsyaAllah..Cerita ni mungkin sudah agak basi bagi sesapa yang sudah tahu tentangnya, iaitu berkisar tentang sorang mamat ni yang jadi terkenal di internet bukan disebabkan sebab yang elok tapi sebaliknya. Sebenarnya aku berpendapatlah “terkenalnya” orang di internet seperti ini atas isu2 yang sensitif adalah lebih baik dari mereka yang terkenal di internet khususnya di youtube atas sebab2 perkara2 yang agak remeh dan agak bodoh seperti Si bobo, kak ton, legoland, mc 5 hari, budak2 baru nak up yang tengah jiwang2. Sekurang-kurangnya bila korang bukak video yang agak sensitif isunya, kalau korang open minded lah skit korang akan berfikir apa sebabnya??, kenapa boleh jadi begitu??, di mana silapnya?? dan lain2 tapi bila korang bukak video yang agak remeh tu, aku rasalah bukan stakat tak berfikir bahkan akan memandulkan lagi otak @ buasir otak (kasi kipas sikit blog buasir otak tu).. gelak2 sikit, annoyed2 sikit lepas tu tutup, setakat tu jelah kan?         

Baik, mamat yang aku nak ceritakan kat sini yang aku baru je tau pasal dia ni ialah mamat yang bernama Benz Ali. Tetapi aku bukan nak cerita pun tentang siapa dia ni, apa perkerjaan dia, Islam lagi ke tak dan lain2, Cuma aku nak beri pendapat aku sendiri tentang video yang mana kebanyakan orang bash kat youtube 2-3 bulan dulu dan masih lagi rasanya. Video tu bertajuk “Bedah Buku 5: Teologi Kiri - Landasan Gerakan Membela Kaum Mustad'afin”Jadi apa2 yang aku akan cerita di sini hanya akan berkisar tentang video tu dan mungkin sedikit komen dari facebook dia. Baik, tanggapan aku pada awalnya, seperti kebanyakan orang, aku rasa mamat ni songsang kot, gila, munafik, kafir , Syiah , komunis , liberal dan sebagainya. Eh tetiba terdetik pulak kat fikiran dan hati murni suci nurani aku betul ke tak tanggapan aku kat mamat ni? Kalaulah aku nak label dia dengan label2 yang tercela seperti tu aku harus menjustifikasikan kenapa? dengan penerangan dan bukti yang mana dari situlah aku boleh membuat andaian apa sebenarnya dia tu. Tetapi sebaik mana pun justifikasi aku itu, ia akan tetap kekal andaian disebabkan apa yang betul2 mutlak cuma dia dan tuhan saja yang tahu, dan untuk kita sewenang-wenangnya melabel orang dengan nama2 yang buruk memang agak melampau.  Pokok pangkalnya kita bukanlah sesapa pun yang ada autoriti apatah lagi kapasiti untuk sesuka hati melabel orang.   

Sebelum tu, aku nak terangkan bagaimana aku nak bincangkan isu dalam video tu, dan aku akan bincangkan cuma 30 minit pertama yang mana si Benz Ali tu telah bentangkan point2 dia. Yang selebihnya aku rasa tak perlu disebabkan perbincangan dia dengan penontonnya masih lagi berkisar tentang perkara yang sama dengan yang dalam 30 minit pertama. Cara untuk aku bincangkan point2 dia adalah cukup mudah, iaitu aku akan tulis point penting yang Benz cuba sampaikan dan kemudiannya aku akan bincangkan ikut pemahaman aku sendiri beserta contoh2 yang aku fikirkan berkesesuaian. Dari sini juga korang boleh nilai sama ada aku bersetuju atau tidak, dan selebihnya terpulang kepada penilaian korang pulak. Aku akan cuba buat seringkas yang mungkin dan aku akan sedaya upaya mengelak penggunaan terma2 yang khusus dalam subjek2 berkaitan seperti falsafah, teologi, etika, sosialisme , Marxisme, metafizik dan sebagainya. Lagipun aku bukan lah tahu sangat atau pakar dalam subjek2 ni, tahu2 sikit2 tu adalah..So kalau aku bukan pakar dalam subjek ni mungkin ada segelintir yang akan pertikaikan basis ataupun atas asas apa aku sandarkan justifikasi aku; jadi apa yang aku mampu jawab adalah aku bersandarkan pemikiran rasional dan kritikal..Mudah, senang, faham kan?

Point pertama:
“Agama telah mati”

Bila aku tengok video si benz ni sepintas lalu dan bila dia bercerita tentang kematian agama, aku semacam yakin dia ni bengong. Tapi selepas aku tengok kali kedua yang mana kali ni aku tengok sebab nak fahami betul2 apa yang cuba dia cuba sampaikan, aku semacam yakin dia sebenarnya ada point yang bolehlah diguna pakai. Cuma persoalannya sekarang apakah yang dimaksudkan agama itu sudah mati bermaksud literal (dalam erti kata sebenar) ataupun sekadar gambaran yang merujuk kepada permasalah yang dia cuba sampaikan iaitu kematian fungsi agama dalam membantu pihak2 yang tertindas. Kalau kita andaikan jika dia mengatakan agama telah mati secara literal, maka kita akan faham seolah olah yang dia mengajak supaya kita jangan lagi beragama dan meniggalkan agama kerana agama sudah lagi tak berguna. Dan aku rasa inilah yang kebanyakan orang yang menonton video tersebut fikirkan atau rasakan. Walaubagaimapun jika dilihat dari keseluruhan video tersebut dia ada menyatakan bahawa dia masih lagi Islam, malah menyatakan tiada paksaan dalam beragama dan setiap orang ada pilihan masing2. Dari sini nampak jelas yang dia telah menyangkal hujah dengan pendiriannya sendiri, kalau itulah alkisahnya, di situ dah nampak ketidak cerdikan dalam membuat pendirian dan hujah. Katakan aku terpaksa menerima kenyataan “agama itu sudah mati” dalam bentuk literal, konklusi yang aku hanya mampu buat adalah mengganggap Benz adalah munafik dan sengaja mempersendakan agama.       

 Andaikan pula apa yang dimaksudkan dengan agama itu telah mati adalah satu gambaran, dan inilah aku percaya yang dia cuba sampaikan dengan mengatakan fungsi agama itu telah  maka agama itu sendiri telah mati. Di sini nampak dia cuba menggunakan kenyataan “fungsi agama telah mati" secara literal dan kemudiaanya digunakan untuk menggambarkan "agama itu telah mati” maka kenyataan "agama itu telah mati” hanyalah sekadar gambaran tentang realiti masa sekarang. Persoalannya yang mungkin timbul, adalah mengapa dia tidak kekal saja dengan kenyataan fungsi agama telah mati dan tak perlulah sehingga mengatakan agama itu sudah mati bagi mengelak tafsiran dan pandangan yang salah dari pihak yang mendengar. Aku merasakan mungkin dia ingin memberi penekanan yang lagi kuat untuk memberi kesedaran yang bukan setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan seterusnya memprovokasi minda agar dapat menyelami realiti kat Malaysia. Dan realiti yang diperjuangkannya adalah bagaimana masalah kemiskinan masih lagi berleluasa malah di sesetengah tempat semakin melarat sedangkan nilai2 agama masih lagi dipupuk dan agama itu sendiri diangkat tinggi oleh yang menganutnya. Permasalah ini lah yang dia cuba tegakkan dan bukanlah semata2 mengatakan agama itu yang tak berguna, kerana dia merasakan agamalah entiti pertama yang seharusnya membela orang2 miskin.      

Sekarang, kita berballik kepada kenyataan “fungsi agama itu telah mati oleh itu agama itu sendiri telah mati". Sebenarnya aku turut bersetuju dengan kenyataan ini, memandangkan apa yang telah aku letakan sebagai sumber pemahaman bersandarkan kenyataan literal vs kenyataan berbentuk gambaran. Untuk memahami dengan baik lagi mengapa kenyataan  “fungsi agama itu telah mati oleh itu agama itu sendiri telah mati" ada benarnya, ada baiknya aku berikan contoh yang mudah. Dalam dunia ni kesemua kalau tidak pun hampir kesemua benda terutamanya ciptaan memiliki fungsi2 tersendiri sebagai fitrah kejadian. Kita sebagai manusia, fitrah kejadian kita merangkumi dua aspek iaitu jasad dan roh. Apabila roh kita berpisah dari jasad yang berbentuk fizikal, jasad kita yang akan mati. Maka, persoalan yang berbangkit sekarang ialah; masih bolehkah kita melaksanakan tujuan kita sebagai manusia di dunia ini dan menjadi ciptaan yang berfungsi? Jelas sekali tidak, kerana apabila kita mati kita akan meninggalkan jasad beserta fungsinya iaitu sebagai seorang manusia dan tujuan kita diciptakan di dunia ini telah berakhir pada saat roh berpisah dari badan. Di sini, jika korang boleh fahami bahawa aku cuba nak kaitkan kepentingan fungsi kepada tujuan di mana secara logiknya tanpa fungsi, tujuan adalah mustahil untuk dilaksanakan atau direalisasikan. Oleh itu, dalam konteks ini kita bolehlah katakan bahawa “fitrah sesuatu fungsi adalah sebagai medium penggerak utama untuk mencapai fitrah sesuatu tujuan. Jika kepentingan fungsi adalah menggerakan tujuan, apa pulak kepentingan tujuan? Tersangatlah pentingnya, di mana tujuan adalah penggerak sesuatu kejadian ciptaan termasuklah diri kita sebagai manusia. Ingat lagi tak bahawa Allah menciptakan setiap makhlukNya termasuk kita dengan tujuan dan bukanlah dengan sia2. Maka bolehlah dinyatakan bahawa tujuan dan kejadian berkait secara langsung, tanpa tujuan tiadalah kejadian dan juga sebaliknya. Di sini aku boleh rumuskan bahawa 3 benda iaitu fungsi, tujuan dan kejadian saling berkaitan ketiga-tiganya terutamanya dalam aspek penciptaan dan kematian iaitu

Penciptaan: Kejadian >> Tujuan >> Fungsi
Kematian: Fungsi ( mati ) >> Tujuan ( mati ) >> Kejadian ( mati )

(Nota tambahan: mungkin ada yang tertanya2 adakah betul turutan ketiga2 benda di dalam 2 aspek yang aku nyatakan. Turutan itu berdasarkan pemerhatian aku terhadap bagaimana perkembangan seseorang manusia berlaku yang mana dalam penciptaan, bayi yang di dalam kandungan diertikan sebagai kejadian, dan apabila bayi itu membesar dan berakal barulah dia akan memiliki tujuan dan kemudian dizahirkan sebagai satu tindakan melalui fungsi. Dalam aspek kematian pulak, kita boleh lihat bagaimana pesakit yang sedang nazak tidak lagi terdaya untuk melakukan tindakan maka fungsinya telah mati, dan kemudiannya apabila kesedarannya (consciousness) hilang, maka diertikan bahawa tujuannya telah mati dan seterusnya jasad terpisah dengan roh, maka kejadian itu sendiri telah mati..Lebih kurang begitulah Wallahualam)

Akhir sekali untuk point pertama ni aku nak berikan contoh yang lebih mudah sebagai tambahan kepada apa yang aku telah berikan di atas. Pertimbangkan sebuah jam yang bergerak dengan sempurna, maka kita akan mengatakan bahawa jam ini berfungsi dengan sempurna dan adalah menjadi tujuan utamanya untuk memberitahu kita masa. Oleh itu, apabila jam itu tidak lagi mampu bergerak atau mati dan tidak lagi boleh memberitahu kita masa, bolehkah kita menganggap ia masih lagi berfungsi dan melaksanakan tujuan utamanya untuk memberitahu kita masa? Semestinya tidak. Jadi kita boleh katakan di sini bahawa apabila jam itu telah mati, fungsinya dan tujuannya juga turut mati. Oleh itu jam yang tidak lagi berguna bukanlah jam lagi, tetapi mungkin semata-mata perhiasan di dinding atau pergelangan tangan. Begitu jugalah dengan agama, agama yang hilang fungsi dan tujuannya adalah ibarat perhiasan. Kalau jam yang tak lagi berfungsi, orang dah tak guna dah, dan apabila diguna juga mungkin akan timbul rasa malu, cepat2 saja nak tukar yang baru. Tapi lain pula perihal nya dalam agama, apabila agama diperlaku sebagai perhiasan bukan setakat tidak timbul rasa malu tapi berbangga pulak dengannya, sebagai contoh seperti banyaknya masjid2 yang dibina megah tapi jemaah setakat seciput. Akhirnya jadilah masjid sekadar simbol perhiasan kepada agama tetapi pada hakikatnya berfungsi sebagai bukti kepada kemodenan. Tujuan yang sememangnya sudah menyempang.      

Cukuplah setakat ini dulu untuk entri pertama, insyaAllah nanti aku sambung balik dengan point2 yang lain. Sebagai penutup untuk entri pertama ini, aku rasakan bahawa isu utama yang bermain berkenaan video benz ali ni secara keseluruhan bukanlah seperti yang banyak orang sangkakan, tetapi hanyalah salah faham yang berlaku di mana cara penyampian yang agak keras dan straight to the point tanpa penerangan yang diperlukan bagi mengelak salah faham tersebut. Dan sebagai pendengar pulak, aku berpendirian bahawa seburuk2 mana pun individu itu, janganlah kita mudah untuk menghukum dan meletakan label2 yang hina kepadanya kerana kita langsung tidak berhak apatah lagi mempunyai kuasa. Dengan sewenang-wenangnya melabel orang dengan seburuk2 nama, hanyalah mengandaikan bahawa pada diri kita ada kebenaran mutlak. Biarpun kita benar, tapi benar kita itu hanyalah kerana ego dan bangga diri, pada aku langsung tidak bernilai kebenaran itu. Orang yang benar tidak akan mengaku dia benar, seperti jugak, orang yang bijak tidak akan mengaku bijak, pembohong tak akan mengaku berbohong, yang rendah diri tak akan mengaku berendah diri dan lain2. Kadang kala mungkin kita tak sedar tentang perangkap yang kita bina sendiri, dan apa yang sadisnya mungkin kita yang terperangkap dalam perangkap tersebut, dan apabila telah terperangkap mungkin kita masih lagi merasa bebas. Bagi aku senang saja, aku akan utamakan kekurangan aku sendiri. Dalam setiap perkara, kekuranganlah yang harus diisi, kerana jika kebenaran telah benar mana mungkin kita mampu mengisi lagi kebenaran. Sama jugalah dalam hakikat menegakkan kebenaran, bukanlah kebenaran itu yang ditegakkan tetapi kekurangan yang sedia ada diisi dengan yang benar atau hak..

Kbai   

6 comments:

  1. aku dengar benz ali kena denggi...dah taubat dah..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol, ko ahmad kn? Mana lah aku tau dia dh taubat atau tak..owh mgkn ko tengok kt fb dia kn? Aku tk rasa pun dia sesat, org lain yg byk salah faham..tapi aku pun kurang berkenan dgn cara geng2 benz ni beri komen, dorang sengaja nak keruhkan lagi keadaan..

      Delete
    2. aku ada follow jugak dia kat fb...tp aku baca komen dia sekali imbas je...malas nak ambik tau...klu ko rajin update blog ni tiap hari, mmang blog ni berpotensi besar jadi pencabar buasirotak dan blog2 legend lain...tp kena rajin jugak melacur link kat blog org...

      Delete
    3. Blog ko apa pulak cita? Kena hack? Hahahaha..kalau nak update stiap hari blh jd kering otak nanti..slow2 dulu..

      Delete
    4. ini aku petik dari fb beliau:

      dia tetap manusia..
      'Ahmadiyahkah dia,
      'Syi'ahkah dia,
      'Liberalkah dia,
      'Militantkah dia,
      'Atheistkah dia,
      'Kafirkah dia,
      dia tetap manusia,
      kalau kamu taknak hormat dia kerana keimanannya yang tak sama dengan keimanan kamu,
      kamu tetap kena hormat dia, kerana
      dia tetap manusia.
      syurga bukan untuk orang Melayu sahaja,
      syurga bukan untuk orang Islam sahaja,
      dan Tuhanku tidak zalim.

      syurga bukan untuk orang islam sahaja? no komen la...

      blog aku dah jadi tukun tiruan...

      Delete
  2. entri yang ikhlas btw letaklah gadget followers :D

    http://amirkhalis.blogspot.com/2014/03/giveaway-contest-gila-5-artikel-pilihan.html

    ReplyDelete